Friday, December 30, 2011

"Geli Girl" Trademark Baru Kegiatan Pelacuran Di Negeri Kerajaan Khalifah Guan Eng


GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’

“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.

“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.

“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.-HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.