Tuesday, December 27, 2011

GEMPAR!!!! Puak-puak PAS Buat Hal,Sabotaj Sepanduk Wajah Nik Aziz

Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat  dengan sepanduk haram yang  memaparkan wajah Nik Aziz menyuruh rakyat Kelantan menolak wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Masih belum reda isu kemelut perpecahan di dalam PAS antara Dr. Hassan Ali dan Cikgu Stopa,timbul pula isu diperingkat akar umbi PAS sendiri yang mensabotaj parti sendiri dengan menaikkan sepanduk wajah Nik Aziz minta rakyat kelantan tolak BR1M.

Sepanduk-sepanduk haram ini dikatakan digantung disekitar beberapa tempat strategik di Kelantan  seperti di bandar Kota Bharu sendiri dan beberapa jajahan lain di Kelantan.Sahlah ,puak-puak PAS Kelantan cuba menjahanamkan Tok Guru mereka sendiri dengan sabotaj dari ahli parti sendiri yang sudah bosan dengan kediktatoran Nik Aziz memerintah Kelantan tanpa mahu berundur untuk memberi peluang kepada muka baru wakil rakyat di Kelantan.Mereka mungkin kecewa dengan pengisytiharan Nik Aziz bahawa beliau bakal bertanding mewakili PAS lagi pada PRU-13 nanti dan tidak pernah menolak untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan yang dipegangnya sekarang.

Yang pastinya,kejadian sabotaj seperti ini mungkin mendapat arahan daripada pemimpin -pemimpin PAS Kelantan sendiri yang mahu perubahan kepimpinan di peringkat Kerajaan Negeri dilakukan  segera kerana rakyat Kelantan sudah mula bosan dengan sikap dolak-dalik Nik Aziz dalam beberapa isu sehinggakan ia menjadi liabiliti buat PAS Kelantan untuk menjawabnya.Justeru,tidak salah andaian yang KP katakan bahawa ada usaha golongan tertentu di dalam PAS yang cuba memecahbelahkan perpaduan jemaah PAS untuk membenci Nik Aziz dan mempercepatkan proses pengunduran Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar Kelantan dan seterusnya dari politik PAS Kelantan

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.