Tuesday, December 13, 2011

Kebiadapan MP Pembangkang Yang Tidak Menghormati Majlis Diraja

Biadap dan Kurang Ajar

Sungguh kurang ajar dan tidak beretika kedua-dua ahli parlimen dari Pakatan Rakyat itu ketika berlangsungnya Majlis Istiadat Diraja pagi tadi.Boleh pulak mereka ini duduk-duduk sambil orang lain berdiri memberi penghormatan kepada Majlis Diraja .

Itulah tanda mereka yang tidak hormat  dan setia kepada DYMM Sultan dan Institusi Raja-Raja Melayu kerana dalam majlis rasmi seperti ini pun mereka tidak malu untuk duduk-duduk sedangkan orang lain yang sebaris dengan mereka boleh berdiri sebagai tanda hormat dan setia kepada Majlis Diraja .Itulah perangai MP yang berkelulusan undang-undang ,Yusmadi  Yusoff ,ahli parlimen Balik Pulau dan seorang lagi tidak kelihatan wajahnya tetapi dikatakan MP Gombak,Azmin Ali.

Kedua-duanya merupakan dari parti PKR yang sememang diketahui tidak suka kepada institusi Raja-Raja Melayu dan lebih rela menjadikan negara ini sebuah republik seperti yang pernah dikhabarkan oleh beberapa keratan akhbar utama Malaysia sebelum ini.

Jadi,lihatlah bagaimana rupa dan perangai Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang biadap ini,jika dibenarkan mereka mentadbir negara ,mereka pasti akan menghinakan Raja-raja kita.Kita jangan lupa kepada 7 Wasiat Raja-raja Melayu yang wajib dipertahankan walaupun terpaksa berkorban jiwa dan raga kita .Ibarat kata pepatah melayu" biar mati anak, jangan mati adat".


#Yusmadi,ingat jangan lupa bayar hutang wang MARA ,lepas habis belajar ,keluar menentang kerajaan ,bukannya nak selesai hutang pelajaran,[Klik Sini] untuk ceritanya

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.