Saturday, December 10, 2011

Kejayaan Hebat Pentadbiran Khalifah Guan Eng Di Penang

\
PENANG - Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. 

"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat. 

Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu. 

Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing. 

Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan. 

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan. 

Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.