Monday, December 12, 2011

Kes Liwat Anwar : Suka Atau Tidak,Sah Anwar Meliwat


AIDCNews – 12/12/11 – Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.
Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.
“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.
Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti sebutir bom yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.
Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.
Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.
“Kredibiliti SP1 (Mohd Saiful) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” katanya.
Karpal menekankan, Mohd Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan laju dan rakus.
Menurut Karpal, keterangan Mohd Saiful itu telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela, Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama itu.
“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini”, kata Karpal.
Tambahnya, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.
Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.
Karpal yang menggulung hujahnya selama 44 minit itu, turut mendesak mahkamah menangguhkan keputusan untuk menentukan Anwar bersalah atau tidak untuk membolehkan mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan Saiful Bukhari bagi menentukan status hubungan mereka.
“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” katanya.
Menurutnya, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.
Semasa dalam proses pembelaan, Anwar dan barisan peguamnya tidak membangkitkan isu hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful, malah daripada 8 orang pembela, hanya Anwar dan Mohd Najwan Halimi sahaja yang menyentuh berkenaan kredibiliti saksi utama.
Seperti yang dirumuskan dalam hujah penggulungan Karpal, Anwar semasa proses bela diri mengesahkan beliau berada bersama Mohd Saiful di Unit 1151 seperti tarikh, tempat dan masa didakwa, tetapi menegaskan hubungan seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Malah, kehadiran Najwan Halimi hanya untuk mengesahkan Mohd Saiful adalah sebenarnya pekerja Anwar yang sering dinafikan oleh Ketua Umum PKR sebelum ini.
Karpal turut mengesa mahkamah agar menerima keterangan yang diberikan anak guamnya, Anwar Ibrahim, walaupun keterangan itu dibuat daripada kandang tertuduh.
Lazimnya dalam prosedur mahkamah, keterangan saksi dari kandang tertuduh tidak diambil kira oleh hakim kerana keterangannya tidak diuji kesahihannya oleh pihak pendakwa dan tidak dimulai dengan acara bersumpah.
# Persoalan suka atau tidak ,Anwar tetap dilihat benar-benar meliwat saiful mengikut penghujahan Karpal Singh yang mendakwa Saiful berbohong dengan berkata dipaksa melakukan seks luar tabie' itu Anwar.Sahkan memang berlaku liwat terhadap saiful oleh Anwar.Jika hendak mempersoal unsur suka atau tidak rela melakukannya,liwat itu tetap berlaku.Mahukah anda rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri seterusnya yang mempunyai pemikiran seks songsang ini kerana ia bertentangan dengan hukum agama dan bagaimana PM seperti hendak menjaga kepentingan islam sedangkan pelbagai kes salahlaku seks dan penzinaan membabitkan beliau.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.