Sunday, December 11, 2011

Ketaksuban Dan Assobiyyah Melampau Di Dalam PAS,Punca Nik Aziz Boleh Menjadi Nabi





Ramai pemerhati politik dan orang awam sudah mengisytiharkan bahawa Nik Aziz bukanlah seorang nabi, beliau hanyalah seorang tokoh agama yang kecanduan politik, kerana itulah Tok Guru sanggup mengelirukan semua penyokong PAS dengan menganggap parti itu mewakili Islam yang benar.

Ramai orang tahu, Nik Aziz merupakan seorang tokoh politik yang terlalu sayangkan kedudukannya sehingga menganggap apa sahaja kata-katanya sebagai arahan keras dan sesiapa yang cuba membantah adalah sebagai penderhaka, meskipun bantahan itu hanyalah merupakan perbezaan pendapat dalam usaha mencari jalan bagaimana nak memperkuatkan perpaduan masyarakat Islam.

Sejak menjadi Menteri Besar dengan gaya berkot dan berkain pelikat, Nik Aziz telah membawa budaya politik yang kotor dan memalukan umat Islam apabila mempertikaikan sebarang bentuk penyelesaian pemimpin lain bagi mendaulatkan Islam di Malaysia. 

Apabila kepimpinan politik berupaya membangunkan institusi-institusi Islam, Nik Aziz tanpa segan membelasah dengan kata-kata kesat kononnya penubuhan tersebut hanyalah untuk bermegah-megah, isinya tidak seberapa.

Dengan melabelkan Tok Guru sebagai “nabi” tentunya lebih ramai rakyat Kelantan akan merasa malu kerana selepas Nabi Muhammad SAW secara sahnya Allah SWT tidak lagi melantik manusia sebagai nabi kerana itulah janji. 

Allah SWT telah memberikan amaran bahawa tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, kerana baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan menyelamatkan seluruh manusia. Apakah Nik Aziz merupakan seorang “penyelamat” yang layak digelar nabi?

Nik Aziz bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang politikus yang terlalu takut akan kehilangan kuasa politiknya, dan akan terus bertekad untuk bertanding walaupun banyak petanda dirinya sudah tidak lagi relevan. Sudah ada penentangan berlaku dalam PAS, tetapi disebabkan parti itu terus menyembunyikan sebarang pergolakan kepimpinan, rahsia tersebut tidak tersebar.

#Ingat PAS bukan agama ,Islam bukan milik PAS , Islam bersifat universal dan syumul dan bukannya assobiyyah melampau seperti PAS dengan melabelkan mereka sahajalah penegak agama islam di bumi Malaysia dan tiada yang lain yang mampu selain mereka.

1 comment:

  1. bila umur dah dekat 80..penyakit biasa manusia ,nyanyuk pun sampai laaa... nik ajis tu dah nyanyuk tu...tapi takder sapa yang berani nak nasihatkan dia... makin menjadi2 laa nyanyuk dia.. pas ni dia nak sambung lagi jadi MB kelantan untuk 20 tahun lagi!.. orang kelate mu punya mB first class laa!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.