Tuesday, December 13, 2011

Ketua Dewan Muslimat PAS Jangan Jadi Kufur!!! Hina rakyat yang menerima wang BR1M


Kecewa KP melihat kenyataan dangkal dari Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang,Siti Zailah Mohd Yusuf yang mengatakan rakyat yang menerima wang bantuan dari kerajaan pusat ini sebagai kelapaq duit rasuah dan sogokan dari kerajaan.

Ini merupakan satu penghinaan yang amat jelas oleh seorang yang bergelar  Ahli Parlimen dan Ketua Dewan Muslimat PAS kepada rakyat dengan memperleceh golongan rakyat yang memohon wang bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan itu.PAS begitu membangga ketika Khalifah Lim Guan Eng mereka memberi wang RM 100 setahun kepada warga emas tetapi tidak kepada ehsan kerajaan kepada rakyat seperti ini.Ini merupakan sikap double standard yang amat jelas dalam pemimpin pakatan pembangkang.Bila kerajaan pusat beri wang ini,dikatakannya rasuah dan sogokan pilihanraya,yang Guan Eng bagi tue bukan rasuah ka??Dah la tipu rakyat P.Pinang dahulu,sanggup guna wang dari syarikat judi, bayar wang RM 100 kepada warga emas...kenapa yang nie PAS tak bising??Memang celaka mulut-mulut puaka dari pemimpin-pemimpin sebegini dalam PAS .
Manusia yang tidak tahu bersyukur rezeki Allah
Siti Zailah memang tak tahu bersyukur,tak reti berterima kasih kepada kerajaan yang membuktikan sikap "bil adli wal ihsan" kepada rakyat dengan pengagihan wang bantuan RM 500 ini. Walaupun ia secara one off,tetap ia merupakan ehsan kerajaan kepada rakyat yang sepatutnya disyukuri dan bukannya diherdik penerima wang batuan ini sebagai penerima wang sogokan dan rasuah.KP tahu YB tidak perlu wang sebegini kerana sudah kaya dengan pendapatan sebagai YB Ahli Parlimen dan jawatan dalam Parti PAS, tetapi wang ini amat bermakna buat warga emas,ibu tunggal dan rakyat miskin yang tidak mempunyai wang yang banyak seperti YB.YB jangan lupa akan firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 supaya manusia bersyukur atas nikmat rezeki dari Allah yang bermaksud:

Maksudnya : " Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras "

Jangan YB kufur dan angkuh akan pemberian rezeki oleh Allah kepada hambanya melalui wang bantuan seperti kerana nescaya takut-takut YB termasuk dalam golongan kufur .Kerajaan BN bukannya seperti kerajaan PR yang mempunyai agenda dalam pemberian wang bantuan oleh mereka.Kerajaan BN tidak kenakan syarat wajib menjadi pengundi berdaftar seperti syarat kerajaan DAP kenakan kepada warga emas yang hendak memohon wang RM 100.KP yakin rakyat mampu menilai kebaikan kerajaan BN dan kemunafikan Kerajaan PR yang mempunyai agenda tersembunyi disebalik pemberian wang bantuan.
Walaupun bantuan RM 500 ini tidak seberapa,namun ia tetap mampu meringan beban makcik ini dalam menyara keluarganya




KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.


"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.


"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.


"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.


Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor.


Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperoleh daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).


Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak memohon itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).


"Kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.


Sementara itu, menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.


"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.


"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.


Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.


"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya.

3 comments:

  1. dasar manusia pembangkang memang beginilah mereka..dulunya heboh RM100 bukan main hebat pakatan rakyat..skrg ni bila BN di tuduhnya rasuah dan sbginya..dasar manusia hipoktir dan sesat..Mohon di linkkan blog sy mahamissa.blogspot.com tk.

    ReplyDelete
  2. Bila tak kasik, meminta-minta, bila dah kasik, berkira-kira pulak.. Tu lah manusia..

    ReplyDelete
  3. dia tak katapun jangan ambik 500 tu. cuma dia berkata begitu kerana sakit ati je. sakit ati kerana harapan pakatan rakyat menjadi kerajaan pusat selepas pru13 nanti semakin jd angan2 mat jenin. biasalah, walau bertudung labuhpun, sifat2 mazmumah manusia tetap ada.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.