Di dalam Harakah Daily hari ini, Mustafa Ali cuba membuka pekung kesalahan dan tingkah laku Nasharuddin Mat Isa yang dikatakannya tidak pernah hadir pada sebarang mesyuarat PAS selepas muktamar lalu.Dr. Hassan Ali pula katanya hanya hadir sesekali sahaja di mesyuarat PAS Pusat dan tidak pernah hadir pada sebarang mesyuarat PAS Selangor.
Pada KP, tujuannya Mustafa Ali membuka pekung ini supaya ahli-ahli dan pemimpin PAS turut sama membenci kedua-dua pemimpin ini yang dikatakannya gagal dalam menunaikan tanggungjawab semasa memegang sesuatu jawatan di dalam PAS.Kenapa Mustafa Ali tak pernah cerita pasal Nik Aziz yang banyak kali gagal hadir di dalam mesyuarat Syura Ulama PAS ??[klik sini],semua ini sebab ada udang disebalik batu.
Mustafa Ali cuba membuat helah ini untuk mencari kesalahan Dr. Hassan Ali dan Nasharuddin .Ini bakal memudahkan kedua-duanya diketepikan oleh parti kerana dilihat sudah tidak mahu lagi menjalankan tugas dan amanah yang diberi oleh parti.Kenyataan sebegini dari Setiausaha Agung PAS bakal menambahkan rencah krisis kepimpinan di dalam PAS yang bakal dilihat lebih serius akibat penentangan daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri yang benci akan perpaduan umat melayu dan islam.
BLOG U DAH I LINK, PLEASE LIN BLOG I KAT SINI
ReplyDeletehttp://wwwhotmama.blogspot.com/