Sunday, December 18, 2011

New Politic Saifuddin Abdullah ,Malukan Kerajaan dan UMNO


Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”.

Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib Razak.

Biadap!!seorang mahasiswa cuba menurunkan bendera wajah Perdana Menteri,kemudian dihalang oleh pengawal keselamatan yang menaikkannya semula  
Bendera wajah Najib diturunkan oleh mahasiswa,tanda mereka mencabar kerajaan!!!

Adakah ini budaya New Politic yang cuba dibawa oleh Saifuddin Abdullah??Mahasiswa bertindak diluar batasan  ibarat  tidak pernah dididik dengan budaya berterima kasih kepada orang yang memberi peluang pelajaran kepada mereka!!!
Semalam, berlakunya insiden demonstrasi di depan Ibupejabat UMNO oleh kumpulan-kumpulan NGO mahasiswa yang merupakan bala tentera pencacai Anwar dan Pakatan Rakyat dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia yang kononnya menuntut kebebasan akademik oleh kerajaan.

Memalukan buat kerajaan dan UMNO kerana MT UMNO yang bertaraf Timbalan Menteri sendiri yang merupakan pendokong kuat ideologi New Politic turun menerima memorandum wayang puak-puak pencacai Anwar ini.Seharusnya jangan dibagi muka sahaja mereka ini yang bertopeng wajah mahasiswa tetapi mereka sebenarnya cuba hendak memalukan kerajaan dan parti .

Yang paling dikesalkan ,mereka cuba bertindak diluar batasan dengan merosakkan dan menurunkkan bendera wajah Perdana Menteri yang dikibarkan di depan Ibupejabat UMNO .Adakah ini arahan terus daripada Anwar untuk memalukan Najib??Agaknya kalau dibiarkan ,dibakarnya jugak bendera wajah Najib itu oleh pencacai-pencacai anwar ini.

Mereka ini nampak sangat terlalu diberi muka oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sehingga perkara seperti itu terjadi.Amat memalukan buat UMNO kerana petugas dan pengawal kawasan sekitar PWTC dan Ibupejabat UMNO gagal bertindak awal mengawal demonstrasi itu.Dimana agaknya hulubalang-hulubalang UMNO yang dulunya berikrar akan berjuang mempertahankan parti ini ketika PAU baru-baru ini,kenapa tidak turun berdepan dengan mereka ini??

Kumpulan pencacai anwar dan Pakatan Rakyat yang bertopengkan wajah mahasiswa seperti ini sepatutnya tidak layak diberi gelaran mahasiswa kerana telah mencalarkan wajah dan perilaku serta integriti seorang mahasiswa .Akibat terlalu diberi muka seperti ini,mereka cuba hendak memijak undang-undang negara dan kerajaan.

Seharusnya dengan usaha kerajaan dalam pindaan AUKU akan datang, mereka sepatutnya menyambut baik usaha ini dan bukannya menuntut sepenuhnya kebebasan akademik.Jika ini dituntut,maka institusi akademik seperti Universiti pasti bakal berdepan masalah yang serius kerana mahasiswa bebas dan boleh bertindak ikut suka mereka sahaja tanpa sebarang sekatan,akhirnya institusi universiti bakal lemah akibat desakan dan kebebasan melampau yang diberi kepada mereka.
Justeru,pindaan ini amat penting bagi kelangsungan dan kelestarian budaya pembelajaran di universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi yang lain.

Jadi,tindakan terburu-buru SMM yang akhirnya memalukan mereka sendiri akibat insiden menurunkan bendera wajah Najib itu telah menampakkan kebencian kumpulan-kumpulan mahasiswa  berhaluan pembangkang kepada kerajaan. Ini pasti merupakan satu agenda jahat Anwar dan PKR dalam menekan kerajaan dalam isu pendidikan dengan menggunakan "third force voters" sebagai tentera mereka.

1 comment:

  1. saifuddin abdullah patut letak jawatan!

    memalukan kerajaan!

    bersifat dayus dan bersikap seperti pondan!

    sanggup tunduk kepada tuntutan mahasiswa gila pro-pembangkang macam lembu kena cucuk hidung!

    otak sifuddin penuh taik agaknya sampaikan si bebal nih tak sedar yang mahasiswa gila pro-pembangkang tu bukanya mewakili suara majoriti mahasiswa di malaysia pun!

    bodoh punya saifuddin!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.