"Kami tahu apa anda buat Puasa lepas.."
Itu kata Setiasusaha Agung PAS yang mengong nie, dia mengugut untuk mendedahkan satu skandal perjumpaan rahsia Dr. Hassan Ali dengan beberapa orang yang turut dihadiri Nasharuddin Mat Isa.
Memang perang besar sedang bergolak di dalam PAS kini dan dalam warta berita tengahari tadi mengatakan bahawa Dr. Hassan Ali , Nasharuddin Mat Isa dan Shaari Sungib akan dipanggil oleh Kepimpinan PAS untuk menyelesaikan masalah ini.Tetapi ,yang bodohnya ada mangkuk hayun macam Setiausaha Agung PAS nie masih tak habis-habis nak perang dengan Dr. Hassan Ali.Beberapa hari lepas dia dan mahfuz dah kena lempang free dari Dr. Hassan Ali ,tue pun masih tak serik lagi kuda tua nie.
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.
Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.
"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.
Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".
Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.-Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.