KOTA BHARU – Hari ini sebuah akhbar arus perdana pada muka depannya menyiarkan laporan tentang kerajaan negeri ini yang ditunjangi Pas hanya membina sebuah masjid.
Sebelum mendapatkan penjelasan daripada kepemimpinan Pas Kelantan, detikperubahan.com telah menemui dua rakaman video dalam youtube mengenai isu tersebut.
Isu itu sebenarnya telah beberapa kali dijelaskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakaman video yang disiarkan ini dipercayai ketika beliau berucap di Semerak, Pasir Putih pada 7 Januari 2008.
Isu itu sebenarnya telah beberapa kali dijelaskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakaman video yang disiarkan ini dipercayai ketika beliau berucap di Semerak, Pasir Putih pada 7 Januari 2008.
Video ini dimuat naik oleh Malaysiakusayang di laman youtube.
Rakaman kedua adalah penjelasan yang dibuat oleh Exco Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada 1 Mei 2010 di Surau Nur Al-Mutaqin, Wakaf Bharu.
Mohd. Amar disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Kelantan.
Yangakusegala telah memuat naik rakaman kedua di laman yang sama.
Kedua-dua video ini telah cantumkan oleh detikperubahan.com untuk memudahkan pengunjung laman ini memahaminya.
Sumber : Detik Perubahan
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.