Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.
"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.
Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.
"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.
"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.
Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.
Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.

Komentar KP : Dengan kenyataan Hj Hadi ini, telah terbukti hukum Hudud yang dicanang oleh PAS untuk dilaksanakan telah tersungkur dengan sendirinya apabila mengakui hudud tidak terdapat dalam manifesto pembangkang .Jadi ,tidak ada guna rasanya PAS Kelantan menubuhkan Jawantankuasa Teknikal Hudud untuk mengkaji lagi kerana sah-sah PAS sendiri telah membuang hukum islam itu dalam manifesto mereka.
Begitulah sayangnya PAS kepada rakan sebantal mereka DAP dan PKR sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang begitu lantang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS untuk menegakkan hukum dan syariat Allah .Anda cuba bayangkan ,jika hukum Allah dan prinsip perjuangan PAS sendiri pun sanggup PAS gadai , berkemungkinan besar hak-hak orang melayu dan kepentingan islam pun akan digadai oleh PAS jika memerintah negara .Ini sudah terbukti jelas di beberapa negeri dibawah Pakatan Rakyat yang mana bangsa melayu dan syiar islam diganggu gugat oleh bukan islam ,Wakil Melayu PAS dan PKR hanya jadi tongkol kayu sahaja dengan tengok dan lihat tanpa sebarang pembelaan untuk bangsa sendiri dan agama islam.
Jadi ,kepada totok dan penyokong PAS,lihatlah bagaimana sanggup pemimpin PAS menjual prinsip perjuangan demi undi pilihanraya dan bukannya jihad atas nama agama.Hj Hadi sendiri mengoyak amanat keramatnya yang dahulu bergema dan kuat dipegang dikalangan penyokong dan ahli PAS untuk berjihad,tetapi akibat dek kegilaan hendak cepat berkuasa,jihadnya itu ibarat lembaran amanat yang sudah dibakar olehnya sendiri.
musashi
ReplyDeletemmg terok la pas ni....aku pelik btol ade lg melayu yg nk sokong....bangang btol...