Monday, December 26, 2011

PKR Hancur!!! 500 Anggota AMK Kelang Sertai UMNO


KUALA LUMPUR: 500 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
“Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun…dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara…tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai Umno kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.
BERNAMA


Komentar KP : Jikalau sebelum ini ,dibeberapa kawasan sekitar Pulau Pinang seperti di Permatang Pauh dan Kepala Batas ,Pakatan Rakyat menerima tempias yang ahli mereka keluar meninggalkan parti menyertai UMNO secara beramai-ramai,kini angin itu bertiup juga ke kawasan Kelang ,500 anggota AMK Kelang mengisytihar keluar parti dan menyertai UMNO kerana sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada PKR.Nampaknya ,angin "kalih" seperti ini akan bertiup lagi ke beberapa kawasan lain sehingga tarikh PRU-13 akan diumumkan oleh PM.Syukur atas kesedaran pengundi muda sekarang yang sudah bosan ditipu oleh angan-angan reformasi yang bakal menjahanamkan negara oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.