Thursday, December 8, 2011

Polis Malaysia Kena Cuba Cara Ini Tangkap Pesalah Jalan Raya

tilang jala ikan Polis Vietnam Guna Jala Untuk Tangkap Pesalah Jalan Raya

Foto diatas merupakan cara Polis Vietnam menangkap pesalah jalan raya yang cuba melepaskan diri dari sekatan polis.Polis Vietnam menggunakan jala ikan untuk menahan suspek pesalah jalanraya.Menurut  Ketua Polis daerah Thanh Hoa,pihaknya sudah berjaya menangkap lebih dari 100 penunggang motosikal yang membuat kesalahan jalan raya.

Polis Malaysia juga sepatutnya memikirkan mekanisme yang terbaik untuk menangani masalah pesalah trafik yang cuba meloloskan diri dengan merempuh polis sehingga cedera parah dan ada yang dilaporkan mati akibat dilanggar oleh pesalah jalan raya yang takut ditahan polis.

Mungkin ini bukanlah cara yang terbaik dan nampak agak kuno dan terkebelakang,namun usaha dan mekanisme ini sepatutnya tidak dipandang enteng kerana ia terbukti berjaya menangani masalah pesalah jalanaraya yang menggunakan motosikal yang cuba melarikan diri .


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.