Disebalik makna #ABU (Asal Bukan UMNO) yang dicanang oleh Chegu Bard dan pencacai-pencacai SAMM untuk dilancarkan di seluruh negara sebagai satu usaha propaganda jahat untuk memperdaya pengundi dan rakyat ia masih tidak dapat melawan pengertian ABU itu kepada parti keramat melayu ini.
Jika tidak kerana ABU ini " Allah Bersama UMNO" ,tidak mungkin UMNO dan BN berjaya mempertahankan selama lebih 54 tahun pemerintahan Malaysia.#ABU PR tidak mungkin dapat melawan ABU "Allah Bersama UMNO" kerana Allah sahaja lah yang berupaya memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menarik sessuatu kekuasaan pemerintahan itu daripada sesiapa yang telah diberikan oleh Nya.Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 26 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Mari kita lawan propaganda PR yang sudah lapuk dan dikitar semula kembali itu tujuan pilihanraya.
Ingat "Allah Bersama UMNO"
Ingat "Allah Bersama UMNO"
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.