Monday, December 12, 2011

Tun Mahathir Dedahkan Anwar Bersekongkol Dengan Yahudi Jatuhkan Kerajaan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Apabila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di Ampang semalam.

Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.
“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.


“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.

Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.
Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.


“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini… nak bagi kebebasan pada rakyat.


“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya – agendadaily

1 comment:

  1. nampaknya prasangka buruk aku terhadap ajenda zionis dalam politik Malaysia nampaknye ada kebenarannya dengan dakwaan ayahanda Tun Mahathir ini,aku mulai menjadi bimbang,gelisah,gusar,resah,gundah,libang-libu,kecelaruan, gelora dan segalanye yg mengganggu minda,fikiran,akal,otak dan segalanya yg bakal mengguris,menghiris,mengelar,memotong jiwa raga,kalbu,hati dan perasan dan segalanya keatas nasib,takdir,masa hadapan,kelangsungan hidup,kehidupan dan segalanya kepada anak cucu warisan bangsa ku MEKAYU/ISLAM khasnya serta rakyat MALAYSIA umumnye.namun aku berserah,pasrah,bertawakal dan segalanye memanjat doa kehadrat illahi Allah azzawajalla moga mendapat perlindungan,keberkatan,pertolongan dan segalanye. AMIN!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.