TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.
“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.
Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu.
Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.
Nampaknya,atas kesedaran universiti yang menolak kebiadapan dan ketidakmatangan beberapa NGO Mahasiswa ,UPSI sendiri telah menganbil tindakan untuk menyiasat mengenai penglibatan mahasiswa UPSI sendiri,Adam Adli Bin Abdul Halim yang terlibat dalam demonstrasi di PWTC yang bertindak kurang ajar dengan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri untuk digantikan dengan bendera mereka .
Laporan polis juga telah dibuat petang tadi oleh sebuah NGO mahasiswa iaitu Seketariat Suara Keamanan Mahasiswa terhadap Solidariti Mahasiswa Malaysia kerana demonstrasi itu
Nak tahu jugak,apa tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi??
Jangan biar kerajaan dan parti terus dihina sebegini sewenang-wenangnya dan demonstrasi oleh sekumpulan mahasiswa itupun bukannya suara majoriti mahasiswa yang mahukan AUKU dimansuhkan terus sebagaimana dicanang oleh mereka yang katanya membawa suara mahasiswa.Mereka ini tidak mewakili suara mahasiswa keseluruhannya dan minta Timbalan Menteri "Don't take for granted" isu ini kerana mungkin selepas ini lebih teruk lagi katanya yang mahu adakan Mini Revolusi Mahasiswa jika tuntutan mereka tidak dilayan
Anwar berdiri ditengah-tengah jambu-jambu mesti batang mencodak punya.
ReplyDelete