KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga Naib Presiden Umno hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar
bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian.
"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri."
Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan.
#Semangat seperti ini sepatutnya ada pada semua ahli UMNO kerana sanggup berkorban demi parti demi kelangsungan kemenangan parti pada PRU-13. Kepada bekas-bekas wakil rakyat yang sudah lama bertanding dan tokoh-tokoh UMNO yang sudah tua sepatutnya memikirkan semula hasrat untuk dicalonkan kerana matlamat "winnable candidate" amat penting untuk kemenangan dan fikirkan juga serta bertanya kepada diri kita adakah kita itu seorang calon boleh menang untuk parti??
Jadi hasrat Naib-naib Presiden untuk bersedia digugurkan itu sepatutnya memberi erti dan signal kepada orang yang sudah lama dalam UMNO yg sering menjadi calon untuk bersedia digugurkan demi kemenangan parti dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih untuk bertanding mewakili mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.