Tuesday, January 31, 2012

DAP Tohmah Azizan Kerana Hina Kitab Suci Buku JinGAY Pakatan Rakyat


Semakin hari,Azizan dibelasah kiri dan kanan dari rakan parti mereka sendiri akibat kedegilannya yang berkeras menyokong tindakan KUIN .DAP pula cuba menunjukkan taringnya dengan menyerang Azizan kerana dikatakan membelakangkan perjanjian dasar dalam buku jingga.

Itulah kehebatan buku jingga ciptaan Anwar,siapa yang tak ikut,konfem kena serang depan belakang kiri kanan punya,penyokong PAS Kedah buat apa?? Takkan duk saja kot..MB kena belasah teruk dah tue..
Kerajaan Kedah pimpinan PAS kini menghadapi serangan daripada rakan sejawatnya DAP ekoran tindakan universiti miliknya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya.

Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim (kanan) berkata, Pakatan Rakyat menegaskan dasar bersama mereka dalam Buku Jingga, yang menurutnya digubal berdasarkan hasrat rakyat Malaysia selepas hampir 50 tahun bawah pemerintahan BN.Dasar itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.

"Menentang undang-undang tidak hadir ini selari dengan perjuangan tiga anggota gabungan (Pakatan) selama ini."

Sim yang juga ahli majlis Seberang Perai  berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

Tun Mahathir Tidak Terkejut Anwar Sokong Yahudi


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.

Monday, January 30, 2012

Nik Aziz :Saya Akan Pegang Jawatan Sampai Mati !!!!

 
 
 Nik Aziz berpendapat bahawa tidak salah bagi pemimpin politik untuk terus memimpin dan memegang jawatan sampai mati. Mungkin Nik Aziz terasa apabila disindir oleh Hj Hadi  sebelum ini yang berikrar tidak akan bertanding lagi pada PRU-13 akan datang kerana merasakan sudah lama menjadi pemimpin politik dan ADUN serta MP.

Dulu Nik Aziz pernah mengata Tun Dr. Mahathir kerana sudah lama menjadi Perdana Menteri dan umurnya yang sudah lanjut usia tidak sesuai lagi menjadi ahli politik,hari ini jelas Nik Aziz makan balik apa yang dia kata pada Tun Mahathir.Nik Aziz cuba memberi alasan kononnya ahli politik tidak sama dengan penjawat awam yang punya masa bersara untuk menghalalkan jawatan yang dipegangnya sebagai Menteri Besar Kelantan sejak 20 tahun yang lalu dan akan terus memegangnya sehingga mati.

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati.
Menurut Mursyidul Am PAS itu, pemimpin politik agak istimewa kerana tidak mempunyai had masa untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Kita ada penjawat awam yang ada had masa untuk bersara dan ada pemimpin politik yang boleh berkhidmat sampai mati.
Pemimpin Islam berada di negeri yang dikatakan berlaku kemunduran dan perpecahan, tetapi sebenarnya ia tidak berlaku. Ini nikmat yang sangat besar. Kita mesti jaga (supaya tidak berlaku perpecahan dan kemunduran)," katanya disini semalam.

Pemimpin pembangkang nie memang double standard sungguh,jika diorang yang jadi,its ok sampai mati,ce ahli politik UMNO dan BN yang kata macam tue,konfem diorang maki berkilo-kilo kata pemimpin UMNO dan BN lupa akhirat dan hanya kejar kesenangan dunia.La nie,siapa yang sibuk nakkan harta dan pangkat dunia??