Monday, January 30, 2012

Nik Aziz :Saya Akan Pegang Jawatan Sampai Mati !!!!

 
 
 Nik Aziz berpendapat bahawa tidak salah bagi pemimpin politik untuk terus memimpin dan memegang jawatan sampai mati. Mungkin Nik Aziz terasa apabila disindir oleh Hj Hadi  sebelum ini yang berikrar tidak akan bertanding lagi pada PRU-13 akan datang kerana merasakan sudah lama menjadi pemimpin politik dan ADUN serta MP.

Dulu Nik Aziz pernah mengata Tun Dr. Mahathir kerana sudah lama menjadi Perdana Menteri dan umurnya yang sudah lanjut usia tidak sesuai lagi menjadi ahli politik,hari ini jelas Nik Aziz makan balik apa yang dia kata pada Tun Mahathir.Nik Aziz cuba memberi alasan kononnya ahli politik tidak sama dengan penjawat awam yang punya masa bersara untuk menghalalkan jawatan yang dipegangnya sebagai Menteri Besar Kelantan sejak 20 tahun yang lalu dan akan terus memegangnya sehingga mati.

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati.
Menurut Mursyidul Am PAS itu, pemimpin politik agak istimewa kerana tidak mempunyai had masa untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Kita ada penjawat awam yang ada had masa untuk bersara dan ada pemimpin politik yang boleh berkhidmat sampai mati.
Pemimpin Islam berada di negeri yang dikatakan berlaku kemunduran dan perpecahan, tetapi sebenarnya ia tidak berlaku. Ini nikmat yang sangat besar. Kita mesti jaga (supaya tidak berlaku perpecahan dan kemunduran)," katanya disini semalam.

Pemimpin pembangkang nie memang double standard sungguh,jika diorang yang jadi,its ok sampai mati,ce ahli politik UMNO dan BN yang kata macam tue,konfem diorang maki berkilo-kilo kata pemimpin UMNO dan BN lupa akhirat dan hanya kejar kesenangan dunia.La nie,siapa yang sibuk nakkan harta dan pangkat dunia??

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.