Monday, January 30, 2012

PANAS !!! Nasrudin Tantawi Dan Nik Abduh Bertikam Lidah Kerana Anwar ??




KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dewan Pemuda Pas Pusat berbeza pendapat berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Ini kerana, di sebalik ketegasan Ketuanya, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel, Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.

"Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini," kata Nik Abduh menerusi laman Facebook dipercayai merujuk kepada laporan akhbar antarabangsa itu berhubung kenyataan Anwar.

Semalam, Nasrudin meskipun membuat kenyataan secara umum tanpa merujuk terus kepada Anwar berkata, sokongan terhadap Israel tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat.

Tegasnya, Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam, justeru segala usaha menyokong apatah lagi memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah perlu ditolak.

The Wall Street Journal pada Khamis lalu menyiarkan kenyataan Anwar yang dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Namun dalam laporan sama, Ketua Pembangkang itu tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel iaitu suatu langkah yang menurut beliau bergantung sama ada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.


Komentar KP : Nampaknya,gandingan kepimpinan tertinggi pemuda PAS pun punya beza pendapat mengenai kenyataan Anwar.Ketuanya menolak sebarang sokongan kepada Israel ,maksudnya dia percaya la Anwar sendiri yang kata,dan Timbalan pula buat-buat tak percaya kononnya Wall Street Journal fitnah Anwar. Anwar pulak bersikap lidah bercabang tuduh media tempatan putar belit kenyataannya sedangkan berita itu keluar di media antarabangsa,kenapa Anwar tak saman sahaja Wall Street Journal tue?? Nik Abduh pun kata saya tak percaya berita ini.Dah terpampang seluruh dunia pun,dia boleh kata tak percaya,kalau tidak betul lah cerita ini,dalam masa 24 jam berita ini keluar Anwar sudah saman journal tersebut,tetapi kenapa tak saman?? Fikir-fikir lah sendiri. Depan rakyat Malaysia,boleh la dia putar belit,kalau tanya terus kepada media terbabit,konfem Anwar akan kantoi habis...fuhh

1 comment:

  1. macam mana dia nak percaya? macam mana bapaknya macam tulah anaknya..semua tak percay sebabnya tidak tahu buat kerja homework...itulah hipokrtit leader namanya...bapa borek anak rintik..pegan kuasa sampai kiamat ke atau mati???lu fikir la sendir..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.