Saturday, January 21, 2012

Akidah Anwar Sudah Tergelincir Kerana Perlekeh Undang-Undang Liwat



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara BBC News, 12 Jan boleh tergelincir akidah jika Ketua Umum PKR bermaksud undang-undang yang menghalang aktiviti homoseksual perlu dipinda kerana tidak sesuai dengan masa kini.

Harussani berkata demikian ketika dipertontonkan rakaman ucapan Anwar itu dalam rancangan ‘Soal Jawab TV3′ bertajuk “Akidah dan Homoseksual” , 18 Jan.

Katanya, setelah mendengar rakaman itu, beliau berpendapat terdapat dua point penting yang ingin disampaikan oleh Anwar, pertama, berkenaan dengan undang-undang lapuk dan kedua, berkenaan menghukum individu yang tidak bersalah.

“Satu dia kata..undang-undang yang ada berkenaan homoseksual ini dah lapuk ataupun tidak lagi relevan pada waktu ini..apakah yang dimaksudkan di situ, maknanya kita tidak perlu menghukum orang-orang yang membuat perkara macam ni (melakukan aktiviti liwat).


“Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukum-hukum liwat itu telah pun wujud dalam Al Quran yang mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, katanya.

Menurut Harussani hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam iaitu kesemuanya bersetuju pelaku aktiviti liwat mesti dihukum dan tidak boleh dilepaskan.

“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita “, katanya.

Aspek kedua yang dibahaskan oleh Mutfi Perak adalah maksud kata-kata Anwar yang berkata menghukum individu yang tidak bersalah.

“Saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.

“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya. AIDC 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.