Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.
Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.
"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.
"Ada saya sebut undang-undang Islam, undang-undang syariah. Ada saya sebut pertahankan sodomy, tidak. Saya kata, undang-undang yang ada.
"(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya.
APA ITU SEKSYEN 377( B ) & 377 ( C) ??
Seksyen 337B kanun Keseksaan bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan, manakala Seksyen 377C pula bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Dalam pertuduhan ke atas Anwar baru-baru ini, beliau dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan.
Komen Dari GBP:
Sekarang terang-terang Anwar ulangi cakap mahu pinda undang-undang lapuk Liwat ini jika beliau berkuasa menjadi PM .
Mengapa beliau fokus sangat kepada seksyen 377 (B) dan 377 (C) ini ?? Kerana ia menghina orang ia perlu dipinda ? Alasan yang cukup dangkal ...
Jika ia dipinda, maka gejala perlakuan sejenis a.k.a Liwat tidak bersalah la selepas ini samada suka atau paksa.Memang inilah tanda-tanda dunia akhir zaman ...
Adakah kita sanggup lihat anak cucu cicit kita akan datang menjadi gay dan lesbian yang dilaknat oleh Allah ?
Pakat pikiaq la secara mendalam jika anda masih menyokong pemimpin seperti ini ...

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.