Monday, January 23, 2012

Anwar Terlibat Dalam Skandal Judi ,Mana Penyiasat Lembu Rafizi Dengan Zuraidah,Kenapa tak jawab isu ini ??


Satu pendedahan telah didedahkan oleh Sabahkini.net tentang dakwaan kronisme Keluarga Anwar Ibrahim dan penglibatan keluarga beliau di dalam Syarikat Judi.Sebelum ini pun,Dato' Nalakaruppan telah mendedahkan bahawa Anwar sendiri pernah meluluskan lesen judi kepada Magnum Corporation semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.Klik sini untuk baca

Adakah skandal syarikat judi yang membabitkan Anwar ini merupakan salahguna kuasanya semasa menjadi TPM untuk memberi peluang kepada keluarganya sendiri menguasainya??Pembangkang sebelum ini heboh dengan dakwaan kononnya  penyelewengan  dalam NFC padahal Anwar sendiri pun lebih teruk dari itu.Mana penyiasat lembu si Rafizi dan Zuraidah,tak nak siasat ke skandal ini??Jangan nak double standard!!!Sibuk siasat kes lembu,kes judi yang haram ini buat tak tahu ja..

Diantara petikan di artikel itu:

Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu ’Sejarah Hitam’ yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah’Merry Go Round.

‘Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato’ Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim.

Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian?

Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini –seterusnya


1 comment:

  1. apa lagi tangkap je....buat report polis...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.