Sunday, January 8, 2012

Bodoh Punya Pencacai Anwar!!! Akhirnya Dicekup Polis


KUALA LUMPUR 7 Jan. - Tiga individu termasuk seorang wartawan Suara Keadilan hari ini ditahan kerana melukis grafiti berunsur ugutan jenayah di dinding sebatang tiang di susur keluar Pantai Dalam awal pagi tadi, dipercayai ada kaitan dengan kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Penahanan tiga lelaki berusia antara 27 dan 29 tahun tersebut dibuat hasil rondaan polis yang terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berdekatan Stesen Komuter Angkasapuri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis tetapi berjaya diberkas.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui dua kertas kadbod tertera tulisan 'Turun Tibai Rosmah', dipercayai ada kaitan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga keping kadbod tertera 901 dan sekeping lagi, TTR.

"Mereka dipercayai terlibat menyembur perkataan sama di Pasar Seni, Tembok Penjara Pudu, Hentian Bas Jalan Raja Laut, Bangsar Utama dan Stesen KTM Lembah Pantai.

Sehubungan itu, mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Januari ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta kata-kata atau perlakuan yang bertujuan memberi malu terhadap seseorang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketiga-tiga individu terbabit kini berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Lembah Pantai dan direman selama empat hari sehingga 10 Januari ini bagi siasatan lanjut.




#Tak nak kempen bebas diorang nie ke,kesian nak kempen Bebaskan Anwar,akhirnya diripun tak terbebas,kena tangkap dengan polis,tak boleh la join Kempen Bebas Anwar 901 esok...haha

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.