-Tuduhan bahawa ILMU mendapat RM 15 ribu sebulan itu merupakan satu fitnah dan pembohongan.Kita boleh bercakap apa sahaja,tetapi dimana buktinya??Jangan menjadi seorang pendusta jika hanya mendengar sahaja tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.
-Ingat!!! Kebenaran itu bukan ditentukan dengan kuantiti tetapi kandungan dan intipati apa yg diperkatakan.Kalau 10 juta orang sekalipun pengikut kuliahnya dimerata-rata tempat ,tetapi intipati kuliah itu sarat dengan benda salah dan fitnah ,tak berguna langsung.
-Neraka dan Syurga bukan ditentukan oleh Nik Aziz mahupun Ust Azhar Idrus,ianya milik Rabbul Jalil,Allah S.W.T dan hanya seorang sahaja di dunia yang mampu membawa syurga dan neraka iaitu Dajjal pada hari kiamat.
-Penuh beradab dan tertib Ust Fathul Bari menjawab tuduhan fitnah yang dilempar seperti ini,tiada memaki dan mencarut kepada penfitnah ,hanya memohon bertaubat kembali kepada Allah ,mendoakan supaya Allah memberi petunjuk kepadanya, dan mengampuni segala dosa yang dilakukan.
-Begitulah tingginya akhlak seorang agamawan dalam menegur seseorang yang berkata fitnah dan perkara yang salah,yang betul kita kata betul,yang salah tetap salah.Jangan kita takut melihat pengikutnya yang ramai ,kita tidak berani menyatakan kebenaran.Berkatalah benar walaupun ianya pahit.Teguran seperti ini mesti diterima oleh semua pihak termasuklah pengikut-pengikut Ust Azhar sendiri.Tegur secara berhemah itu lebih baik daripada menfitnah dan mentohmah yang bukan-bukan sehingga mampu menentukan syurga dan neraka seseorang.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.