Monday, January 23, 2012

Dr. Hassan Ali Akan Menggegarkan Negeri Kerajaan DAP P.Pinang


Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.

"Himpun mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di sini hari ini.

"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik,” kata beliau.

Katanya, pada perhimpunan itu bekas EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.

Perhimpunan yang bertemakan ”Selamat Akidah” itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.