Tuesday, January 10, 2012

Dr. Juanda Jaya Sifatkan PAS Masih Belum Matang


SHAH ALAM – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas   tindakan Pas yang dilihat sebagai tidak boleh menerima kritikan sekaligus membuktikan cakap-cakap  mengenainya sebelum ini.
Berbeza pandangan adalah perkara yang mesti diterima dan ianya sebagai bukti kepada amalan demokrasi.
Menurutnya, tindakan terburu-buru Pas memecat Datuk Dr. Hasan Ali adalah tidak wajar sama sekali melainkan ianya berkaitan dengan masalah disiplin.
“ Tidak seperti UMNO dan DAP yang jauh lebih matang dalam menerima kritikan daripada pemimpin , dan  tidak  pula mereka mengambil tindakan sampai ketahap memecat”.
“Secara akademik, saya sendiri ada juga tidak bersetuju dengan tindakan Hasan  dalam beberapa perkara, namun cara Pas menyelesaikan masalah ini seakan keterlaluan dan tidak matang”.
“ Apa yang nak dibanggakan dengan laungan demokrasi dan semangat berjemaah jika berbeza pandangan pun Pas tidak boleh diterima .”
Tambahnya lagi, keadaan ini seperti wujud penguasaan satu kelompok pemahaman didalam parti mereka.
“Untuk menjadi parti yang kuat  dan diterima oleh majoriti rakyat, sikap enggan menerima perbezaan pendapat tidak patut  ada dalam sesebuah parti, ini  bagi  menghidupkan demokrasi yang sebenar,  barulah layak untuk menerima amanah dalam menerajui  negara”, katanya

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.