Lihatlah apa sudah jadi kepada Konvesyen Pakatan Rakyat di Negeri Kedah hari ini??
Bilangan kerusi melebihi kehadiran penyokong dan orang ramai,inikah sambutan terhadap pembebasan Anwar tempoh hari??Atau ada unsur sabotaj dari pemimpin PAS yang uruskan konvensyen ini??
Kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat,kata sudah bersedia mengambil alih kerajaan,jangan mimpi la nak tawan Putrajaya dengan semangat kehadiran sebanyak ini.
ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.
Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.-MSTAR

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.