Beberapa blog mesra kerajaan sudah mengemukakan persepsi bahawa keberadaan YB Nasharuddin Mat Isa di dalam beberapa program rasmi kerajaan persekutuan menimbulkan banyak tanda tanya kepada PAS .Adakah YB mereka ini sedang mengorak langkah dalam mengukuh kedudukan untuk meletakkan PAS kembali di meja rundingan kerajaan perpaduan??
Walaupun,YB Nasharuddin sudah tidak lagi berada dibarisan hadapan kerusi kepimpinan PAS pusat,usaha ke arah perpaduan ini tidak pernah melemahkan semangat beliau untuk terus menyatukan umat melayu islam yang kini berpecah belah akibat berbeza parti.Bak kata pepatah,"patah sayap bertongkat dagu",itu jiwa sebenar perjuangan.
Sebelum ini,beliau merupakan diantara jurutera terpenting dalam mempelopori kembali siasah perpaduan diantara PAS dan UMNO yang pernah diukir oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan Dr. Asri ketika dulu.Namun ,akibat perasaan hasad dan benci yang sudah ditanam di dalam benak orang-orang PAS oleh Nik Aziz untuk membuang terus UMNO,usaha ini hanya tinggal angan-angan ketika itu.
Semasa pemecatan Dr. Hassan Ali, Nasharuddin antara yang terkehadapan dalam membela Dr. Hassan Ali yang dipecat akibat gangguan parasit-parasit di dalam PAS.Beliau begitu menyokong dan memuji usaha Dr. Hassan Ali dalam memperjuangkan nasib Melayu ,Islam dan Raja-raja Melayu.
Mereka berdua memang dilihat sebagai jambatan terpenting dalam membawa kembali PAS untuk meneruskan agenda perpaduan demi umat melayu dan islam.
Melihat daripada kehadiran YB Nasharuddin di Persidangan Global Movement Of Moderates yang duduk mesra bersidang bersama DS Hishamuddin sudah menggambarkan seribu satu maksud dan isyarat buat PAS memikirkan sesuatu terutamanya golongan parasit yang berselindung disebalik Nik Aziz.Tetapi ,Apakah YB Nasharuddin tidak gentar walaupun dipecat??Ini kata beliau"...Saya akur dengan Tariqud Dakwah yang saya lalui ketika ini yang lebih awal disusuri oleh para anbiya...".
Semua ini kekuasaan Allah,gerakan united goverment ini semakin lancar walaupun YB Nasharuddin di luar kepimpinan PAS(Bukan lagi Timbalan Presiden PAS).Dia tunjukkan jalan kepada Dr. Hassan Ali ,Dia berikan kekuatan kepada YB Nasharuddin untuk teruskan usaha murni ini."Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin",parasit PAS tidak mampu lagi melawan takdir qada dan qadar Allah ,usaha itu dilihat ada namun tetap perlu kepada pembuat keputusan dalam PAS yakni kepimpinan PAS sendiri.Nilai-nilai kan lah sendiri...
Baca artikel menarik berkaitan perkara ini di :-
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.