Video diatas merupakan video rakaman selepas program Wacana Sinar Harian "Masih Relevenkah AUKU" yang turut dihadiri oleh Safwan Anang dan geng mahasewelnya.Prof Buangan UIA ,Aziz Bari pun ada di dalam wacana itu sebagai panel.Apabila ditanya oleh seorang wartawan kepada Aziz Bari mengenai isu KUIN yang tidak berkesudahan kerana mendapat sokongan MB Kedah,Aziz Bari secara sembrono mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadap Azizan Razak yang menyokong tindakan terbabit yang sama ertinya mengiktiraf akta AUKU yang amat dibenci oleh Aziz Bari dan geng mahasewel dalam wacana itu.
Menjadi persoalannya sekarang,apa jawatan pencacai Anwar Ibrahim ini dalam Pakatan Rakyat??Suka-suka hati dia sahaja mendesak dan menggesa Pakatan Rakyat ambil tindakan terhadap Azizan .Semalam KP juga terbaca tulisan artikel blogger veteran PAS ,MSO(klik sini) yang mengecam tindakan Aziz Bari yang dilihat tidak kena pada tempatnya dan tidak bijaksana untuk dikeluarkan dari mulut seorang intelektual.Baru sahaja melangkah masuk ke dunia politik,sudah pandai mendesak dan mengarah sana-sini padahal jawatan apa yang dia pegang?? Rupanya, puak pembangkang pun yang sudah tidak senang dengan tindakan Aziz Bari yang dilihat "lebih sudu dari kuah".
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.