Di atas merupakan foto penyokong-penyokong bolasepak kedah yang berang dengan sikap pengurusan bolasepak kedah sekarang yang gagal dan tidak cekap dalam pengurusan pasukan tersebut.Kekalahan demi kekalahan dicatatkan sehingga Kedah kini ditangga tercorot dalam liga.
Salah siapa sebenarnya?? Dengar katanya campur tangan politik di dalam pengurusan bola sepak kedah dan kurang cekap dalam mengurus pasukan merupakan diantara punca pasukan kedah kini dalam dilema.
PAS nyata gagal membawa Kedah ke zaman kegemilangannya akibat campurtangan politik melampau di dalam pengurusan pasukan.Dimanakah gelaran Double Treble yang pernah Kedah pegang suatu ketika dahulu ??
Ikuti luahan penyokong bolasepak kedah :
4 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di “anak ayam” kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?
Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!
Punca utama kejatuhan pasukan Kedah adalah Datuk Khazali Din, seorang yang kedekut tapi nak team jadi power, berlagak pandai dalam hal taktikal padahal kurang bijak, dan berlagak sombong dengan pemain sendiri. Ayat paling top yang keluar dari seorang pengurus pasukan yang bebal adalah “Pakailah apa yang duk ada neh” tetapi mahu hasil seperti pasukan Manchester City. Hasil dari kebebalan pengurus Kedah terperosok di kedudukan ke-2 didasar Liga Super sekarang. Ingatkan dengan penyingkiran jurulatih Mat Yusof, pasukan Kedah akan meningkat naik, sebaliknya tidak, masih ditahap memalukan. Kini, masanya Datuk Khazali Din pula disingkirkan. Beliau tidak layak untuk memimpin pasukan Kedah.
Jurulatih bidan terjun? aku tak tahulah macamana pengurusan KFA boleh ambil Nizam Adha menjadi coach? 4 perlawanan taktik yang sama, menggunakan formasi 8-1-1, 8 pertahanan, satu midfield, satu striker. Apa kejadahnya pasing long ball dekat lone striker? kalau sorang target man , siapa stiker dia? Dalam hal ini, aku taknak salahkan jurulatih 100% kerana mungkin dia seorang yang tidak berpengalaman untuk menjadi jurulatih, tetapi aku letakkan kelemahan ini dibahu pengurusan KFA. Sebab apa? sebab gagal untuk mencari pemain, jurulatih dan mengurus dengan baik. Bukan sekarang, sejak mereka mengambil alih dari pengurusan lama. Dulu merudum, kita bagi peluang, sekarang? sanggupkah nak bagi muka lagi? Mungkin mereka menggunakan slogan ”Pakailah apa yang duk ada neh” sebab itu jadi macam ini.
Aku sayangkan pasukan Kedah, aku rindukan kejayaan pasukan Kedah dan aku malu dengan jatuhnya maruah pasukan Kedah, Rasanya seluruh rakyat Kedah berperasaan begitu. Peminat mana yang sanggup melihat pasukannya jatuh disebabkan kelemahan pengurusan, lebih – lebih lagi Kedah yang terkenal dengan kejuaraan double treble dia. So, kepada Datuk Khazali Din dan pegawai – pegawai yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam pengurusan KFA, kami merayu (dah tak larat nak desak dah) agar korang letak jawatan. Letak jawatan demi masa depan pasukan Kedah, fikirkan perasaan peminat pasukan Kedah, jangan fikirkan duit poket anda sahaja. Silalah letak jawatan!-Seterusnya
Betul kata KP,puncanya adalah pengurusan pasukan yang lemah dan berlagak pandai ,yang jadi mangsa ialah pemain dan penyokong bolasepak kedah.Kalau rasa tidak pandai mengurus lagi, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain yang pernah membantu Kedah pada era kegemilangannya mengambil alih.
*Kenapa bolasepak Kelantan sehingga ke hari ini masih hebat lagi walaupun PAS yang memerintah Kelantan,kerana yang mengurusnya adalah Dato' Annuar Musa bukannya puak-puak PAS !!
Sumber :My Massa
setahu aku la..nizam adha tu sebagai pemangku sementara shj..sbb coach yg lain pegi buat umrah ...harap bersabar shhga coach wan jamak pulang dari mengerjakan umrah..
ReplyDeletesetahu saya...nizam adha adalah pemangku shj..tggu wan jamak pulang dari mengerjakan umrah.. harap penulis tulis yg lebih tepat supaya tidak berlaku kekeliruan dan membuat lebih porak peranda...
ReplyDelete