Tuesday, January 3, 2012

Saifuddin Nasution Terdesak,Labelkan Raja Petra "Blogger Upahan UMNO"


Akibat sudah tidak tahan dengan pendedahan dan sindiran oleh Raja Petra terhadap GodFather PKR,Anwar Ibrahim,Saifuddin Nasution begitu terdesak sehingga melabelkan Raja Petra sebagai "Blogger Upahan UMNO".

Begitulah jadi apabila dulunya Raja Petra merupakan diantara orang yang disanjung oleh PKR kerana mendedahkan kes Altantuya membabitkan Najib,tapi selepas itu dia menafikannya semula dengan bersumpah tetapi kini dia ludah dan ditohmah kerana menyerang Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Terdesak sangat,sapa yang serang pembangkang akan dilabel cytro dan blogger upahan UMNO,VERY PATHETIC PERSON.Itulah spin tahap maha dewa oleh manusia yang setakat bergelar S/U Agung sahaja lebih kurang macam S/U Agung PAS,Cikgu Stopa.

Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.


Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamarudin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.

“Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamarudin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

1 comment:

  1. Politikus paling bangkrap idea, itulah saifudin Pati Nasution. Yang keluar dari mulutnya tidak lain, kalau tak nafi, lebel, kalau tak label, nafi dan semua tuduhan pastilah kpd UMNO. Apa pinya bodoh PKR sorang niiiii.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.