KUALA LUMPUR – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
“Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.
Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.
Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Komentar KP : Betul apa kata KP dalam artikel sebelum ini[klik sini],Anwar hanya terlepas daripada hukuman dunia,namun dia tidak akan mampu lari di penghakiman Rabbul Jalil yakni dihadapan Allah S. W.T. .Peganglah kepercayaan multak kita kepada ketentuan Allah S.W.T dalam keputusan ini.Mungkin Allah ada percaturan yang lebih baik tentang nasib Anwar.Dia terlepas dengan isu liwat,tetapi isu kes video seksnya bersama chinadoll belum tentu lagi terlepasnya.Bahkan ,isu itu punya qarinah yakni bukti yang sangat jelas dan sukar untuk Anwar menafikannya.Kita bersangka baiklah dengan keputusan ini kerana mesti ada hikmah disebalik tiap-tiap sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.