Monday, January 2, 2012

Teguran Kepada Blogger Yang Menyerang Ustaz Azhar Idrus

Kita akui sebenarnya kita di alam maya ini berperang menentang kejahilan dan kemunafikan golongan yang mempergunakan islam demi kepentingan politik mereka.Tetapi didalam menulis sesuatu perkara ,perlulah punyai adab dan tidak terus menyerang tak usul periksa.

Janganlah kita hendak mengejar HITS dan PageView serta Ranking yang tinggi sanggup menampakkan Blogger2 Mesra Kerajaan dan UMNO ini semuanya bodoh dan jahil dalam hal -hal agama.

Orang diluar sana sangat dahagakan dakwah dan jangan mencampur adukkan antara dakwah dan politik.Biarpun dia dilihat condong kepada pembangkang namun usahanya untuk memurnikan dakwah sangat dihormati.

Kita jangan terlalu taksub dan dilihat terlalu jahil murokkab sehingga menyerang dengan membuta tuli.Lihatlah apa yang dikomen oleh orang diluar sana apabila melihat blogger mesra kerajaan menghentam golongan agama,semuanya mencaci -maki blogger mesra kerajaan  bodoh dan menolak islam.Pasti ramai yang akan marah atas sikap penulisan sedemikian.Yang ruginya adalam UMNO dan kerajaan yang bakal hilang undi akibat tindakan bodoh seperti ini.

Orang pasti akan benci  dan menyalahkan kerajaan dan UMNO akibat sikap tidak mesra ulama seperti ini.

Biarlah golongan agamawan yang mempunyai ilmu agama yang luas yang memberi teguran ,jangan kita yang kurang ilmu ini terikut-ikut rentak Cytro pembangkang yg tiada nilai langsung dalam penulisan mereka.Hal-hal mengenai alat muzik ini merupakan khilaf ulama dan soal haram dan sebagainya itu biarlah ulama-ulama lain yang tolong jelaskan,kita blogger tidak ada hak untuk keluarkan ijtihad kita sendiri tentang hal-hal hukum- hakam ini.

Ingat apa yang kita tulis bakal disoal oleh Yang Maha Kuasa  kelak,jadi jaga-jaga apa yang kita tulis

Lihat ulasan menarik @Panglima Perang Cyber


1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.