Wednesday, January 11, 2012

Warning Dari Pengundi Permatang Pauh :Anwar Perlu Lebih Utamakan Parlimennya Daripada Kerap Ke Luar Negara


P.PINANG - Setelah Anwar dibebaskan dari belenggu tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan, masyarakat di P.Pinang khususnya Permatang Pauh berharap Anwar akan lebih kerap turun ke kawasan Parlimennya sendiri berbanding mengadakan lawatan ke luar negara.

Hasrat tersebut diluahkan oleh beberapa pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh kepada pihak UtaraNews selepas program kesyukuran pembebasan Anwar di tapak expo Seberang Jaya semalam.

Mereka mahukan Anwar lebih menjaga kebajikan masyarakat Parlimen Permatang Pauh yang agak jarang dikunjungi oleh pemimpin tersebut selepas 3 tahun beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen.

"Datuk Seri kena kerap turun ke sini bagi menjengok masyarakat serta menarik sokongan pengundi baru untuk Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jangan hanya tunggu waktu berkempen saja baru nak turun.." kata seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Mat.

Rakannya pula menyarankan Ketua Pembangkang itu supaya menumpukan usaha membangunkan pembangunan kawasan Pekan Permatang Pauh yang didakwanya agak ketinggalan berbanding dengan kawasan lain seperti Kepala Batas dan Bukit Mertajam.

"Kalau tengok Kepala Batas dan juga BM (Bukit Mertajam), Pekan Permatang Pauh agak ketinggalan dari segi pembangunan. Ini yang patut difokuskan oleh Anwar selepas beliau bebas dari konspirasi kes liwat." katanya.

Anwar kini dalam lawatan ke Mumbai India bagi bertemu dengan cucu kepada Mahatma Ghandi. Baru-baru ini, penulis blog Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Anwar yang lebih kerap ke luar negara berbanding turun ke Parlimennya sendiri.-UtaraNews

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.