Sunday, February 19, 2012

Anwar Tersepit Lagi !!! Anwar Bakal Spin Cerita Baru Selepas Kantoi Dalam Isu Sokong Israel


ANALISIS - Esok, tumpuan banyak pihak sudah pasti beralih kepada pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang dijangka akan menjelaskan pendirian beliau mengenai isu kontroversi kenyataan didakwa menyokong Israel apabila bertemu dengan Menteri Besar Kelantan di Kuala Lumpur.
Pertemuan itu diadakan susulan kenyataan dan pendirian Dewan Ulama Pas, yang disampaikan oleh Nik Abdul Aziz minggu. Nik Abdul Aziz berkata, Anwar perlu menarik balik atau menyaman Wall Street Journal jika kenyataan yang disiarkan bulan lalu tidak benar.
Mengulas perkembangan ini, Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya berpendapat, kenyataan Anwar berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pakatan itu.
Katanya, kenyataan Anwar selaku Ketua Umum PKR juga merupakan pandangan beliau dari posisi PKR. Malah jelas penganalisis ini, setiap parti mempunyai sikap dan pendirian masing-masing dan perkara itu juga berlaku di dalam Barisan Nasional (BN).
"Kesepakatan antara Pas, PKR dan DAP dalam satu pakatan adalah untuk mengurus pentadbiran kerajaan dan negara.
"Setiap parti ada sikap dan pandangan masing-masing. Dari kenyataan Anwar, beliau menyokong pembebasan Palestin, tetapi pada masa sama kemusnahan dan ancaman terhadap Israel perlu dijaga. Ucapannya lebih kepada bersifat menjaga hak-hak kemanusiaan," katanya.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, dalam parti, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa.
Bagaimanapun, jelasnya, kenyataan yang dibuat Anwar merupakan isu sensitif dan tindakan tegas perlu diambil.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini menambah, jika tidak menangani isu ini dengan segera, ia akan memberi gambaran bahawa Pas 'bersama' dengan kenyataan Anwar walaupun parti yang memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan pandangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Anwar perlu perbetulkan (kenyataan). Jika benar kenyataan itu dibuat, dia mesti akui dan menarik balik. Tetapi mampukah Anwar nak buat demikian pada media antarabangsa?," soalnya.
Abu Hassan menegaskan, tiada sebarang keganjilan apabila wujud percanggahan pendapat dan pemikiran bila ia menyentuh isu kemanusiaan. Malah perkara itu tidak akan menjejaskan PR, katanya.
Beliau juga berpandangan bahawa kenyataan Anwar dan pendirian Malaysia terhadap isu negara Palestin tidak banyak perbezaan.
Jelas beliau, jika Malaysia prihatin dan serius untuk membebaskan Palestin dari penindasan Israel, sudah tentu tentera dihantar bagi berjuang di negara yang dijajah lebih sedekad itu.
"Jika benar kita serius nak tangani Palestin, sudah pasti kita hantar tentera untuk berjuang di Palestin. Tetapi sehingga hari ini, negara tidak menghantar tentera untuk membantu negara itu.
"Maka, walaupun Malaysia sokong pembebasan Palestin, tetapi dengan tidak hantar tentera untuk berperang dan membinasakan Israel, maka ia sama sahaja dengan kenyataan Anwar itu," jelasnya.
Sivamurugan menegaskan, pendekatan Pas meninggalkan PR perlu diambil jika Ketua Umum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.
Di sebalik pandangan kedua-dua penganalisis itu, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kenyataan Anwar menyokong usaha untuk menjaga keselamatan Israel merupakan satu helah.
Jelasnya, helah itu bertujuan mengaburi mata orang ramai bahawa beliau sememangnya menyokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
"Anwar sebenarnya terperangkap dalam hubungan dengan AS dan Israel yang selama ini kita memang tahu hubungan dia cukup baik dan juga terperangkap dengan parti dan orang Islam di Malaysia.
"Jadi untuk elak dia dibenci di sini, maka dia keluarkan kenyataan seperti itu. Kenyataan itu merupakan satu tipu helah yang mana menjelaskan pendiriannya yang kelihatan berkonflik," katanya.
Isu semasa sememangnya memanaskan arena politik domestik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Satu lagi ujian kepada PR, diketuai Anwar dan dianggotai DAP-Pas-PKR, sebelum PRU13.

2 comments:

  1. u bayangkan lah jika nanti, di jauhi Allah, Pakatan memerintah Malaysia..semua kenyataan PM M'sia pada masa itu akan di sanggah dan di lawan oleh rakan Parti nya sendiri..kita tak henti2 politik..tohmah dan negara akan jadi angkara..Melayu/Cina bergadoh dan Singapura atas alasan untuk menyelamatkan warga Cina M'sia, Spore antar tentera ..itu akan jadi pada negara ini...aku harap ianya di Jauhi oleh Allah

    ReplyDelete
  2. Kalau bercakap benarkan tak perlu nak berbohong lagi untuk menutup pembohongan sebelumnya?Jadilah macam homo cun ini yang mengaku saja diriku ini sememangnya suka bontot.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.