Thursday, February 23, 2012

Bangkit Isu kapal dagang untuk tutup isu Anwar iktiraf rejim Zionis !




Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis.

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

“Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.

“Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini,” katanya.

Anwar semalam berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.

“Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

“Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

“Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu,” katanya – antarapos



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.