Nampaknya usaha Dr. Hassan Ali dalam mempertahankan aqidah umat islam dari terus tercalar makin kuat kesannya.Manakan tidak,ceramah Dr. Hassan Ali bersama penceramah bebas yang terkenal ,Ustaz Kazim Elias Al -Hafiz di kawasan tegar PAS di Kampung Pengkalan Pegoh,Lahat,Ipoh menerima lebih 5 ribu hadirin yang hadir mendengar sendiri luahan hati Dr. Hassan Ali mengenai senario aqidah umat islam ketika ini.
Nyatalah bahawa pandangan beberapa pemimpin PAS yang mengatakan bahawa Dr. Hassan Ali tidak memberi kesan terhadap parti mereka sungguhlah meleset sama sekali.Kalau tidak memberi kesan,bagaimana ribuan orang hadir ke sana,pasti yang hadir di situ kebanyakannya merupakan penyokong dan ahli PAS .
Jadi ,usahlah PAS sibuk membuat laporan polis kononnya Dr. Hassan Ali menghasut rakyat menolak DAP ,PAS pun sepatutnya fikir adakah mereka selama ini tidak pernah menghasut dan menfitnah supaya rakyat membenci kerajaan.
Lihat sendiri beberapa foto yang disnap sekitar ceramah itu oleh Minaq Jinggo:
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.