Tuesday, February 14, 2012

Guan Eng tidak sensitif , sambut Hari Kekasih dengan umat Islam ?




Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik, meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. CTS tidak kisah sekiranya beliau ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?

Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam?

Keduanya, mungkin simpanan tunai di dalam Kerajaan DAP di Penang terlalu banyak sehinggakan beliau sanggup membelanjakan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada orang ramai. Tinjauan CTS mendapati harga sekuntum bunga yang dipakej kemas ketika sambutan perayaan Hari Valentine boleh mencecah sehingga RM20 sekuntum. Maafkan CTS sekiranya terkhilaf. Mungkin juga duit untuk membeli 1,000 bunga "carnation" tersebut adalah hasil duit poket Ketua Menteri Penang atau mungkin juga pemaju-pemaju di Penang yang telah mendapat kontrak di Penang tanpa tender terbuka yang membuat sumbangan ini. Siapa tahu.

CUCU TOK SELAMPIT

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.