Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.
Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.
Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.
"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.
“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.
Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

Itu orang nama serupa tayar ingat orang takut sama dia. Kalau tak suka ini negara lu boleh belah.
ReplyDeleteLu mau kasi tau orang Melayu pun bukan semua ada senang. Lu punya bangsa bila sudah kaya lupa pada lu punya bangsa yang susah.
Ramai orang India kaya dalam dunia apa pasal tak mau minta tolong sama mereka. Sebab kalau lu minta sama mereka itu orang kasi ludah sama lu.
Sekarang lu cakap banyak kuat. Itu India punya negara pun ratus juta dia punya rakyat banyak susah. Hari2 makan capati sama dal saja. Nasi Ayam ka, Satay ka, Car Kue Teow ka, Nasi Kandar ka belum tentu sampai mati boleh rasa.
Mau minta jangan sampai mau ugut. Sendiri mau ingat.
hindraff puaka tak perlu dilayan biarkan mereka ranap sendiri .....
ReplyDeleteHindraf perlu ingat tentang sejarah Malaysia, mengenai orang Melayu, Cina dan India. Sejarah wajar diteliti untuk faham tentang keadaan. Orang Cina dilonggokkan dibandar-bandar, mengikut kehendak orang Inggeris, Melayu di kampung dan India di estet. Semua bangsa cuba keluar dari kepompong sejarah. Semua kena sabar.....
ReplyDelete