Thursday, February 16, 2012

KP UMNO PP kantoikan Guan Eng apa itu tender terbuka & RFP




Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng hari ini membidas tindakan Ketua Pemuda Umno yang mempersoalkan penjualan tanah di Bayan Mutiara serta perumahan mampu milik rakyat di Batu Kawan. Sambil menganggap tindakan pemimpin UMNO tersebut sebagai satu tohmahan, Lim juga menolak penjualan tanah tersebut yang didakwa dibuat secara rundingan, bukannya tender terbuka.

"Pemimpin Umno harus menghentikan fitnah mengenai penjualan tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara ini."

"Mereka (Umno) juga berbohong mengenai tiada peruntukan mengenai rumah ibadat serta surau. Dan penjualan tanah ini telah dibuat secara tender terbuka menerusi Request for Proposal (RFP) seperti yang diiklankan dalam surat khabar," kata beliau.

"Saya kesal dengan kenyataan (pemimpin Umno) yang berniat jahat dan cuba menipu rakyat ini," tambah beliau.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno P.Pinang iaitu Ir Shaik Hussin Mydin telah mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah di Bayan Mutiara yang melibatkan kos sebanyak RM10 Billion.

Shaik Hussin juga mempertikaikan mengapa Lim melantik syarikat dari Singapura sebagai Konsultan sedangkan PDC Consultancy Sdn Bhd juga mempunyai kepakaran yang sama. Dan Ketua Pemuda Umno itu bersedia mendedahkan bukti bahawa Lim Guan Eng yang sebenarnya berbohong.


Berikut adalah jawapan kepada Lim dari Ketua Umno P.Pinang untuk kenyataan media.


Pemuda Umno PP boleh membuktikan bahawa proses tender berdasarkan RFP(Request For Proposal) yang dibuat oleh Kerajaan negeri PP untuk projek penswastaan Bayan Mutiara bukan Tender Terbuka(open tender).

Berikut adalah fakta2 untuk membuktikannya;

1.Tender terbuka bermaksud proses tender satu peringkat sahaja yakni kadar harga yang ditawarkan oleh kontraktor adalah muktamad dan tiada rundingan seterusnya yang akan dibuat.

2.Manakala kaedah tender RFP pula adalah tender berperingkat "pelawaan untuk mengemukakan cadangan" yakni pemaju perlulah mengemukakan skop kerja, spesifikasi, terma, cadangan teknikal dan kewangan dan lain2 perkara yang dilihat dapat memberikan cadangan yang terbaik termasuk harga yg ditawarkan.

Kaedah PEMANGGILAN tender boleh dibuat secara tender terbuka tetapi tertakluk kepada RUNDINGAN terhadap semua keperluan teknikal dan kewangan yang diprasyaratkan oleh Pemilik.

3.Berdasarkan penerangan mengenai dua kaedah tender diatas , maka terbuktilah bahawa proses tender RFP yang digunakan oleh Kerajaan Negeri PP BUKAN tender terbuka, ini adalah kerana hanya proses pemanggilan tender dibuat secara terbuka dan proses seterusnya tidak dibuat secara terbuka.

4.Untuk memenuhi kriteria tender terbuka,semua proses2 seperti mempamerkan keputusan tender secara terbuka serta penilaian terperinci tender perlu dikendalikan oleh panel penilaian berdasarkan julat kadar harga tetap secara telus dan pemaju yg terbaik akan ditawarkan pada HARGA TENDER tanpa sebarang PROSES RUNDINGAN HARGA.

5.Dalam hal tender Bayan Mutiara, LGE sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa perkara teknikal dan kewangan telah dirundingkan bersama pemaju untuk kononnya mendapat harga terbaik. Pada hakikatnya, proses tender RFP yang dilaksanakan oleh LGE hanya merupakan" terbuka" semasa "proses panggilan tender", proses lain semua adalah secara RUNDINGAN.

LGE mungkin tidak mendapatkan nasihat teknikal daripada perunding TEMPATAN sebelum melaksanakan tender tersebut bahawa mempamerkan tender dalam suratkhabar bukan satu2nya syarat untuk Tender Terbuka

Ir.Shaik Hussein Mydin
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.



sumber : Utara News

2 comments:

  1. Ketua komunislah lagi berniat jahat.Sebab tu sayangku tu boleh bersekongkol dengan DAP dan PAS.Sebab sama-sama pun suka bontot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah je koje ko kn..pak NAJIB ajar camtu kn..patut la pencacai bodoh buta pekak cmni ikut..tau pakai mulut je ckp..kesian ko an.bape byk da amalan ko kumpul dgn bontot2 ko sme UMNOngokk ni?

      Delete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.