Inilah salah satu contoh perbandingan yang dibuat diantara negeri Kelantan di bawah pemerintahan Nik Aziz selama lebih 20 tahun dengan pentadbiran negeri Melaka oleh Ali Rustam.Admin page Nik Aziz meroyan di facebook berkenaan hal ini. Mungkin diorang tak dapat menerima fakta dan statistik ini kerana mereka merasakan sudah cukup banyak kemajuan yang dibawa oleh PAS di Kelantan.Tetapi ,sudah lebih 20 tahun PAS memerintah,Kelantan masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan kemajuan negeri.
Sudah tiba masa,Kelantan berubah arah ,memang betul pembangunan itu tidak kemana,tetapi jika tiada pembangunan,bagaimana dengan kehidupan rakyat,kemudahan dan penjanaan untuk ekonomi negeri.Sudah diketahui bahawa,penghijrahan rakyat ke bandar-bandar besar seperti di KL kebanyakan berasal dari Kelantan .Kenapa mereka sanggup berhijrah,tiadakah peluang pekerjaan yang disediakan di Kelantan oleh usaha dari Kerajaan Negeri ??Kalau sudah ada sejak dari dahulu,mungkin sekarang ini rakyat Kelantan tidak perlu lagi ke bandar-bandar besar seperti KL untuk mencari pekerjaan.Kepada anak Kelantan yang baca coretan ini, jangan terasa hati,ini dicoretkan untuk pentadbiran PAS Kelantan yang gagal mentadbir negeri selama lebih 20 tahun.Rakyat Kelantan perlu berubah untuk kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.