Friday, February 10, 2012

PAS Sibuk Kata Sambut Mawlid Khilaf Ulama,Sambut Valentine's Day No Problem !!!

Tonton sendiri apa kata Nik Aziz berkaitan sambutan Mawlid Rasulullah S.A.W dan lihat bagaimana Nasrudin Tantawi membandingkan ia dengan Valentine's Day walaupun benda itu tidak ada kena mengena pun dengan sambutan Mawlid Rasulullah S.A.W yang diadakan setiap tahun untuk memperingati kisah Agung kelahiran Rasul dan Nabi yang terakhir bagi umat akhir zaman


Lihat apa pandangan Ulama Besar yang lain berkaitan Mawlid Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W ..

Pandangan Mufti Mesir Mengenai Sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Fadhilatus Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah, Mufti Mesir, di dalam kitab beliau al-Bayan lima Yasyghal al-Azhaan, pada halaman 164 (soalan 42) menyatakan:
“ ….. Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Maulid Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan. Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang menyatakan: “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya” Dan bahawasanya Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- “Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya.”


Tengok sendiri la apa yang Nasrudin Tantawi ini coretkan ,pada awalnya sangat tepat pandangannya,tetapi ketika dibandingkan dengan sambutan Mawlid Rasulullah S.A.W  yang katanya wujud kekhilafan berkaitan sambutan itu,timbul satu prasangka ,adakah PAS cuba membenarkan umat islam join Valentine'Day walaupun diharamkan keatas umat islam walaupun dituliskan bahawa ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day yang akan kunjung tiba dalam 4 hari lagi.Kenapa hari ini baru keluarkan statement sebegini ??Kenapa tidak bertahun dahulu lagi ?? 



Baik punya statement,macam redha ja umat islam sambut Valentine's Day sebab tiada khilaf ulama,yang kalau nak sambut mawlid Rasulullah S.A.W ,sibuk keluarkan ijtihad dan pandangan serta khilaf antara ulama berkaitan untuk menyambutnya,mana pergi ruh Islam dalam pemuda PAS,dulunya sibuk dengan skuad cegah maksiat pada malam tahun baru dan Valentine's Day,tapi kini keluarkan garis panduan pulak,dah dapat warning dari rakan parti sendiri ka??

Fatwa daripada Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan sambutan Valentine's Day :

Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.

Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya menyerupai dan meniru budaya dan cara hidup bukan islam berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud"
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia tergolong di dalam kaum itu"(HR Abu Daud)
Jadi kepada PAS,jangan lah asyik berdolak-dalik ,kalau betul ikhlas hendak lakukan amar makhruf nahi mungkar silakan,jangan hendak babitkan sambutan Mawlid Rasulullah S.A.W dengan sambutan Hari Kekasih yang haram ini.Sangat tidak kena dibuat perbandingan sedemikian walaupun ia sekadar untuk menunjukkan bahawa Valentine' Day ini tiada dalam taqwim .Ibarat menganggap Hari Kekasih ini sama ertinya dengan hari kelahiran Kekasih dan Pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

1 comment:

  1. adohlah... ada yang berhujah.. perarakan maulud nabi bidaah.. tak boleh buat... lebih2 bercampur lelaki perempuan..haram... tapi bab bersih.. harus pulok.. dok timbul pun bab campur lelaki pompuan nie... kalu disoal panjang sikit.. akan keluarlah kot ayat kat Mekah depan kaabah pun lelaki pompuan bercampur... aduhlaaa.. susah susah..nie... apa tak kata kat padang mashyar semua org bercampur.. tak de seurat benang pulok..tu...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.