GEORGETOWN - Exco Kerajaan Negeri yang beragama Islam perlu ‘bangun dari tidur’ dan menentang tindakan Kerajaan Negeri yang didakwa menjual tapak sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan kompleks beli belah kepada pemaju swasta.
Pengerusi Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SSKM), Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, perkara yang diketengahkan itu bukan lagi menjurus ke arah politik sebaliknya ia adalah isu agama Islam yang perlu diperjuangkan mereka.
Menurutnya, SSKM memerlukan jawapan segera daripada Exco Melayu termasuk Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim untuk mempertahankan hak orang Islam.
“Kami memerlukan jawapan segera dari Ecxo Melayu iaitu mengapa selama ini mereka diam sahaja? Siapa lagi yang patut menentang tindakan Kerajaan DAP kalau bukan mereka. Mengapa takut untuk bersuara? Ini bukan isu politik tetapi agama. Agama yang mereka sendiri anuti, mengapa berdiam diri?
“Kenyataan mengenai penjualan tapak berkenaan dikeluarkan 23 Mac lalu tetapi kenapa sehingga saat ini, tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana Exco Melayu? Oleh itu, kami menuntut jawapan daripada Mansor dan Abdul Malik dengan segera,” katanya kepada media semalam.
Muhamad Mukhlis bersama beberapa pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) agar menyiasat beberapa perkara berhubung isu berkenaan.
“Kami merujuk kepada beberapa artikel dalam akhbar yang menyebut Kerajaan Negeri menjual kawasan Bayan Mutiara termasuk tapak masjid dan sekolah kepada pemaju swasta bernilai RM1.07 bilion. Laporan ibuat agar polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Beliau berkata, bersama artikel itu, mereka juga menyerahkan senarai komentar pembeli berpotensi di dalam satu laman web yang menyebut harga rumah di Bayan Mutiara akan jatuh merudum sekiranya pembinaan masjid dilaksanakan di situ.
“Sekiranya semua dakwaan ini benar, kami meminta polis menyiasat sama ada tindakan Kerajaan Negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu mengikut prosedur yang ditetapkan atau tidak,” katanya.
Muhamad Mukhlis turut meminta polis menyiasat sama ada tindakan Kerajaan Negeri menjual tapak masjid dan sekolah berkenaan melanggar peruntukan undang-undang.
“Sekiranya kedua-dua tindakan Kerajaan Negeri itu didapati menyalahi undang-undang, kami menggesa polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Kami juga meminta mahasiswa seluruh negara bangkit dan menentang tindakan ini kerana ia membabitkan isu agama,” katanya.-SH

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.