Melihat dari komen-komen yang ditulis menampakkan bahawa mereka ini tidak faham atau cuba buat-buat tak faham mengenai sejarah perjuangan orang Melayu di era Malayan Union,bagaimana orang Melayu ketika itu bersatu menentang Malayan Union dan mempertahankan status quo dan peribumi kaum Melayu .Mereka lebih cenderung melihat dari sudut pandang perkauman dan kebencian ,mereka tidak cuba memahami dalam konteks sejarah orang Melayu ketika itu yang bangun mempertahankan nasib bangsa sendiri dari terus ditekan dan dijajah oleh British.Orang Melayu ketika itu berjuang bukan menentang kaum-kaum lain tetapi berjuang menentang British.
Inilah yang cuba ditanam oleh pembangkang,apa-apa sahaja yang cenderung kepada mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu,dikatakannya rasis,perkauman dan assabiyah
sedangkan itulah yang sudah tercoret dalam perlembagaan negara yang dipersetujui oleh pemimpin -pemimpin mewakili semua kaum ketika itu demi perpaduan untuk kemerdekaan negara.Sedangkan lihat apa sabda Baginda Rasulullah S.A.W mengenai makna assabiyah:
Dalam sebuah hadis,seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W," Apakah yang dimaksudkan dengan 'assabiyah' ?Apakah kecintaan terhadap bangsanya dikatakan assabiyah?Rasulullah S.A.W menjawab,"Tidak! Yang dikatakan 'assabiyah' ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman.(Riwayat Abu Daud)
Sampaikan hal mengenai soalan sejarah pun cuba dijadikan isu perkauman dan modal politik golongan tertentu dan bukannya cuba memahami konteks soalan tersebut. Perkara seperti ini amatlah membimbangkan kerana tiupan-tiupan api perkauman sedang ditiup semula perlahan-lahan oleh golongan-golongan seperti ini yang tak bertanggungjawab.
Gambar ketika orang Melayu bangkit menentang perlaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu ketika itu.Lihat bagaimana orang Melayu terdahulu bersatu dalam mempertahankan hak bangsa sendiri sedangkan orang Melayu sekarang sanggup menjual agama dan hak bangsa sendiri demi segenggam kuasa yang belum pasti dapatnya lagi |
akbar tu sial dan celaka...! kenapa KDN H2O tak ambil tindakan?... tak habis2 mempersoalkan hak orang melayu dan menaikkan sentimen perkauman... haram jadah punya MalaysiaKINI!!!
ReplyDelete