Thursday, March 1, 2012
PANAS ! Dr Novandri menafikan tuduhan jahat AMK di demo anti Lynas !
Pemimpin Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan "samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.
"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".
"Bagi saya, tujuan jahat mereka selitkan nama saya kerana mahu kaitkan insiden tersebut dengan parti Umno. Itu sahaja."
Menolak dakwaan pembangkang, Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA pada 29 Januari lalu juga menafikan penglibatan mereka dalam insiden yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera.
Menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan di Facebook, Dr Novandri berkata, dakwaan AMK sekadar persepsi kerana sayap kanan PKR itu dakwa tahu beliau tidak terlibat.
"Jika mereka yakin saya terlibat, mereka akan kata saya salah seorang daripada 'samseng' itu, Tetapi mereka tidak berani kata demikian kerana saya memang tidak terlibat," katanya lagi.
Pada hari kejadian, jelas Dr Novandri, beliau juga tidak tahu Himpunan Hijau 2.0 diadakan di situ dan beliau asalnya hadir untuk membuat liputan terhadap aktiviti Pemuda Umno yang kerap berkumpul di Speaker Corner dekat Padang Kota Lama.
"Banyak video yang dimuat di dalam Youtube yang menunjukkan saya sibuk ambil foto dan video dengan tab (komputer) saya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.