Friday, March 9, 2012

PANAS !!! Reaksi Ust Azhar Idrus Apabila Ditanya Hukum Doa Hancurkan UMNO dan BN



Kalau menurut pandangan UAI ini,orang2 yang menentang Islam ini adakah UMNO dan BN?? Ataupun bendera PKR dan DAP dibawah itu!!Sgt tak jelas jawapannya dan adalah tidak wajar mengatakan UMNO dan BN menentang Islam padahal entiti inilah yg banyak memartabatkan islam di Malaysia.PAS yang dilihat lebih menggadaikan perjuangan islamnya sendiri apabila satu demi satu idea-idea mereka ditong sampahkan oleh kepimpinan mereka sendiri seperti isu negara islam dan hudud yang akhirnya hilang dari dasar mereka kerana lebih tunduk kepada Kitab JinGAY daripada Kitab Al Quran.Jadi untuk alihkan pandangan rakyat,PAS kata UMNO yang tolak islam sebab tak mahu laksana hudud sedangkan mereka pun tidak mampu nak laksana hudud di Kelantan,baca disini perbezaan Hudud PAS dan Hudud Sebenar[ Klik Sini ]

Lihat juga komen daripada pembaca,kebanyakan bersetuju bahawa lebih elok didoakan kebaikan dan diberi hidayah daripada mendoakan keburukan kepada seseorang

Mengenai doa keburukan keatas orang lain,Nik Aziz dahulu pernah mendoakan Najib supaya pecah perut kerana kerajaan pusat tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan.Ini jelas menyanggahi fatwa dari UAI sendiri...mendoakan keburukan kepada batang tubuh orang sgt dilarang...apa Nik Aziz tak tahu ke...atau memang hukum ini tidak terpakai kepada ahli PAS?? Sedangkan Nabi S.A.W pernah berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah memberi hidayah kepada dua orang musuh islam pada awal penyebaran Islam di Mekah yang bernama Umar yakni Umar Bin Hisyam(Abu Jahal) dan Umar Al-Khattab.Kedua-dua nama ini sangat masyur dalam sirah Nabawi kerana merupakan pemuka Quraisy yang sangat memusuhi Islam tetapi akhirnya Allah memakbulkan doa Baginda Nabi dengan memberi hidayah kepada Umar Al Khattab apabila berlaku peristiwa beliau terdengar adiknya Fatimah membacakan ayat-ayat suci Al Quran,hati Umar yang sangat keras bagaikan besi itu mampu lembut kerana diberikan hidayah oleh Allah S.W.T.Jadi,adakah Najib ini dikategorikan sebagai musuh islam apabila doa laknat kepadanya diperbolehkan ??Renung-renungkanlah dan ambil pengajaran,janganlah sewenang-wenang menjadikan doa yang merupakan senjata orang mukmin sebagai alat untuk menghancurkan umat islam sendiri sebab musuh-musuh islam diluar sana pasti sedang bergembira apabila umat islam berperangai sebegini.



7 comments:

  1. Hukum Harus kepala hotak ko la Oztad! Kalu UMNO menolak Islam macammana pulak umat ISLAM boleh sembahyang dgn khusyuk tanpa gangguan selama ni? Macammana pulak boleh kerajaan tolak islam buat keluar duit bina masjid2? Buat Bank Islam? Tabung Haji?

    PAS buat apa??

    Ada mata melihat, ada otak pikir.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ust. jawapan ust itu tidak menyelesaikan isu pokok. Ust jawab macam bagi ceramah politik. Ust patut jawab dengan terperinci/ detail. Apa sandaranya kata hukum itu hukum ini. Mana hadis, mana ayat Al Quran. Ust mesti jujur, jangan nak jawab berbelit-belit. Jawab macam tu ramai boleh cari ust-ust kat warong nasi berlauk. Banyak, kat Kelantan banyak, kat Trengganu juga bersepah orang macam ust ni. TOKDING KULAIJAYA.

    ReplyDelete
  3. Inikah perjuangan Islam PAS????

    Sanggup menghancurkan org Islam lain semata-mata kerana politik???

    ReplyDelete
  4. As salam saudara sekalian,

    kalau dilihat dgn teliti jawapan ustaz azhar idrus sudah cukup utk menjawab kepada persoalan yg diberi. barangkali tidak memahami hukum jadi tidak dapat dirungkaikan.

    hukumnya Harus untuk mendoakan kehancuran bagi penentang islam. tetapi kita tidak boleh mendoakan secara 'direct' dgn menyebut nama di dalam doa tersebut.

    Terang jawapan ustaz azhar, tidak boleh berdoa spt itu.

    Ironinya, yang menjadi persoalan adakah Umno adalah penentang Islam? Atau semata-mata hanya disebabkan perseteruan politik. Wallahualam.


    Jazakallah,
    Pemerhati Bangsa.

    ReplyDelete
  5. Saudara Azhar, kurangkan bercakap dan berceramah. Sebaiknya saudara bawa bertenag dan musahasabah kalbu. Adakah aka ini sudah cukup layak untuk menyampaikan apa yang Rasullah saw amanahkan bukan sahaja untuk aku, keluargaku dan seluruh umat Islam.

    Sekiranya saudara masih belum cukup Ilmu pedalami dan perhalusilah kemudian barulah sampaikan.

    Rasullah saw menerima ilmu terus dari Jibrail as saudara tidak. Maka berhati2lah. Jangan memilih SUKU dan hanya menyampai kepada SUKU.

    Kelak saudara tak mampu untuk menjawab kepada yang SATU.

    Dpd. Mohon Perlidungan Allah swt.

    ReplyDelete
  6. Orang Mukmin itu semestinya Muslim tetapi Muslim tak bererti Mukmin.Hukum Allah adalah hukum yang wajib diterima bagi yang mengaku diri nya Muslim.
    Menolak walau satu huruf dari Al Quran bererti menolak keseluruhan alQuran.
    Manusia di beri akal untuk berfikir dan Al Quran dan hadis sebagai panduan.Allah tidak menilai hambaNya melalui bangsa atau warna kulit.Jadilah Muslim sejati dengan memegang penuh pada hukum Allah. Di Malaysia sekarang kebanyakan orang mengaku Muslim tetapi cuma mengambil Islam bila ada kematian atau nikah sahaja. tuntut lah ilmu sebelum menilai kaca atau manikam. Saudara akan di soal pemimpin yang saudara pilih kelak di akhirat. Disinilah gunanya solat istikarah dan solat hajat. Biar buta mata jangan buta hati. Kalau gagal jadi imam bagi keluarga sendiri bagaimana boleh dilantik jadi khalifah.Apakah kita sanggup mengundang murka dan menghadapi bala Allah.
    Renungkan sejenak.....

    ReplyDelete
  7. kalu org melayu islam merogol anak gadis kita... kita nak doakan agar di binasa atau perogol itu diberi hidayah?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.