Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.
"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.
Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA.
Komentar KP : PR kata UMNO hantar samseng buat kacau ceramah depa,nie samseng sapa pulak yang duk gatai buat kacau,siap PAS hantar jentera Komando Unit Amal halang kehadiran orang ramai dan Menteri...Sahlah Anwar sudah takut dengan gelombang BN di Permatang Pauh...semua tempat dia nak langgar...dia ingat cerita KL Gangster ka!! Puihh...
PKR/PAS dah takut lar tu.
ReplyDelete