Selepas beberapa dekad bersama dengan UMNO,akhirnya Kadir aka Kadiaq mengumumkan untuk keluar dari UMNO .Berita baik ini sangat mengembirakan terutamanya bagi cytro UMNO dan Kerajaan kerana kadiaq sudah dianggap menjadi liabiliti kepada UMNO dan kerajaan .Nasibnya kini sudah diibaratkan seperti Zaid Ibrahim yang menjadi katak dalam politik yang melompat sana dan sini,akhirnya terbuang ke dalam KITA.
Di sini boleh kita adakan suatu perbezaan antara Dr. Hassan Ali yang dipecat dari PAS tetapi masih disanjung sehingga kini kerana perjuangan sucinya hendak menegakkan IMR.Kadiaq pula tiada siapa yang peduli dan seperti tidak dipedulikan sama ada dari UMNO dan kerajaan mahupun pembangkang.
Jelas ,selepas kenyang hidupnya bersama UMNO lebih separuh usianya,keputusan ini merupakan satu titik tolak untuk kita melihat pemimpin yang bagaimana perlu diangkat menjadi pemimpin.UMNO tidak rugi apa-apa pun jika pemimpin sebegini keluar.
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.
"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.
Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu.Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.
Pada minggu lalu, beliau dicabar untuk meletak jawatan ekoran dakwaannya berhubung budaya rasuah di dalam parti.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Umno tak rugi sesen pun! Bye Mr Handsome. Agak nya parti mana lah nak kutip dia ni? DAP? Pas? PKR? Kesian Mr Handsome Bowtie ni klu takde yang nak.
ReplyDelete